|
Post by budakcomol on Oct 16, 2007 2:40:57 GMT -5
di sini ade beberapa contoh karangan yg dicekup dr laman web portal utusan...selamat membaca ;D ;D
Kempen Budi Bahasa
Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi. Yang indah itu bahasa yang elok itu budi”, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. Namun, semuanya ini hanya suatu retorik sehingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen Berbudi Bahasa untuk menghidupkan kembali budaya berbudi bahasa ini.
Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa masyarakat kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan dalam salam dan senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang lebih mesra. Dengan cara ini, kita akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat sombong, meninggi diri dan ujub. Malah, agama Islam menganggap senyuman itu sebagai satu ‘sedekah’ antara sesama manusia.
Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara satu sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya yakin bahawa matlamat kempen ini dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat singkat.
Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan mesra terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi keutamaan. Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun kepada orang ramai bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang selama ini telah tercalar. Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan melalui Kempen Berbudi Bahasa ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersifat penyayang.
Secara tuntas, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun. Bak kata pepatah, hidup dikandung adat mati dikandung tanah.
|
|
|
Post by budakcomol on Oct 16, 2007 2:41:29 GMT -5
Kepentingan Sektor Pertanian
Sektor pertanian pernah menjadi tunjang kekuatan ekonomi negara pada suatu ketika dahulu. Hasil getah, kelapa sawit, padi dan seumpamanya juga pernah menjadi penyumbang terbesar pendapatan negara dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini. Namun, kemajuan arus pembangunan negara yang lebih menjurus kepada sektor perindustrian telah menenggelamkan bidang pertanian sedikit demi sedikit terutamanya dalam dekad terakhir abad kedua puluh. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada permulaan awal alaf baharu ini, mengembalikan semula kepentingan bidang pertanian di negara kita.
Peralihan pucuk pimpinan negara pada akhir tahun 2003 mungkin dapat dilihat sebagai permulaan terhadap kebangkitan semula sektor pertanian di negara ini dari zaman suramnya kira-kira dua dekad yang lalu. Kesungguhan kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam memajukan bidang pertanian dapat dilihat melalui peruntukan pembangunan yang sangat banyak untuk memajukan bidang ini kita saksikan dalam belanjawan tahun 2005. Langkah ini amat tepat memandangkan negara kita mengimport bahan makanan yang terlalui banyak seperti gula, beras, buah-buahan dan sebagainya sedangkan kita mampu menghasilkan sendiri bahan makanan tersebut. Oleh itu, tumpuan terhadap bidang pertanian mampu mengurangkan pengaliran wang ke luar negara dan sekali gus mengelakkan defisit pada imbangan perdagangan luar negara.
Selain dapat mengukuhkan imbangan perdagangan negara, penumpuan terhadap sektor pertanian berupaya mengelakkan pergantungan negara pada bekalan bahan makanan dari luar negara. Hai ini disebabkan kadar pertumbuhan pesat penduduk di negara ini yang sudah pasti akan memerlukan jumlah makanan yang lebih besar. Kebanyakan bahan makanan asas seperti beras, gula dan bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini. Jika kekurangan buruh dijadikan alasan,kita boleh menggunakan buruh-buruh asing yang bekerja di sektor perkilangan, perkhidmatan dan sebagainya untuk bekerja di sektor pertanian. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat menggunakan khidmat buruh yang murah bahkan dapat mengelakkan buruh-buruh asing ini daripada merampas peluang pekerjaan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat tempatan.
Pada hemat saya, keadaan dunia yang kucar-kacir akibat peperangan yang sering tercetus mewajarkan kita menumpukan perhatian untuk membangunkan sektor pertanian secara lebih serius. Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia mempunyai tanah-tanih yang subur, bebas daripada bencana alam atau keadaan huru-hara yang boleh memusnahkan sebarang kegiatan ekonomi. Jika kelebihan ini tidak dimanfaatkan, bermakna kita telah mensia-siakan anugerah Allah ke atas bumi kita. Dari satu sudut yang lain pula, kita telah melihat kegagalan banyak syarikat yang berasaskan industri dan perkilangan di negara ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sebaliknya, jika kita menumpukan pengeluaran negara kita dalam menghasilkan produk pertanian, persaingannya di peringkat antarabangsa tidak sehebat persaingan dalam sektor perindustrian terutamanya sektor yang berasaskan teknologi maklumat. Kata orang tua-tua, ukur baju di badan sendiri.
Satu lagi alasan yang mewajarkan negara kita memberi tumpuan semula kepada sektor pertanian ialah bahan-bahan mineral yang ada di negara kita sudah semakin berkurangan. Petroleum dan gas asli dijangka akan habis menjelang tahun 2050 jika telaga yang baharu tidak ditemukan. Bijih timah dan bijih besi pula sudah tinggal sisa-sisanya sahaja sedangkan bahan-bahan ini amat penting untuk menggerakkan sektor perindustrian dan pembinaan. Sementelahan, kerajaan kita mempunyai pelbagai agensi yang dapat membantu meningkatkan kemajuan sektor pertanian seperti Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan agensi yang lain yang telah membuktikan keberkesanan peranan mereka. Malah sektor perikanan di negara kita khususnya perikanan laut dalam juga berpotensi untuk dimajukan sebagai sumber ekonomi yang baharu.
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sektor pertanian mempunyai asas yang kukuh dan potensi yang baik serta prospek yang cerah untuk dimajukan. Kita harus menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memajukan bidang ini demi kestabilan ekonomi negara. Rakyat Malaysia pertu berfikiran terbuka dan positif terhadap potensi sektor ini. Kita juga wajar menjadikan kejayaan negara-negara maju khususnya Jepun yang telah berjaya menguasai sektor perindustrian tetapi dalam masa yang sama terus membangunkan bidang pertanian untuk kesejahteraan hidup rakyatnya. Bak kata peribahasa Melayu, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
|
|
|
Post by budakcomol on Oct 16, 2007 2:41:57 GMT -5
Tabiat merokok
Sekiranya kita merujuk kepada statistik yang d**eluarkan oleh Kementerian Kesihatan,semakin banyak rakyat Malaysia yang merokok setiap tahun terutamanya lelaki. Malah,golongan wanita juga mula menunjukkan peningkatan yang mendadak. Pelajar sekolah juga tidak terkecuali. Sejak November 2004, didapati golongan belia terutamanya pelajar sekolah menengah menyumbang 20% daripada statistik tersebut. Persoalannya, adakah mereka tidak mengetahui bahawa merokok membahayakan kesihatan setelah banyak kempen telah dilancarkan? Atau mereka memang sengaja menempah maut?
Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Antara faktor yang membawa remaja sekarang merokok kerana pengaruh rakan sebaya. Rakan menunjukkan diri mereka yang sebenar. Sekiranya mereka memilih rakan yang salah, secara tidak langsung mereka juga terlibat dalam perkara yang tidak baik. Faktor kedua kerana ingin menunjukkan kematangan diri. Mereka berpendapat, apabila mereka merokok, maka mereka telah dewasa. Tanggapan ini salah sama sekali. Faktor ketiga ialah pengaruh bapa atau abang mereka. Pada hemat mereka, sekiranya bapa atau abang mereka boleh merokok, kenapa mereka tidak boleh? Tanggapan-tanggapan inilah yang kita perlu perbetulkan agar tidak banyak rakyat Malaysia yang akan merokok pada masa akan datang.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, terlalu banyak risiko kesihatan akan wujud sekiranya kita merokok. Di dalam sebatang rokok terdapat lebih kurang 25 bahan kimia yang telah diuji boleh menyebabkan kanser. Antaranya ialah karbon monoksida, nikotin, tembakau, dan tar. Antara penyakit yang mungkin dihidapi oleh perokok ialah pereputan alveolus dalam paru-paru, Parkinson, kanser paru-paru, kanser rahim, katarak mata dan kanser gusi.
Setiap kekusutan boleh dileraikan, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Pelancaran Kempen Katakan Tak Nak kepada Rokok. Walakin begitu, bilangan perokok makin bertambah. Kalau pendekatan tersebut tidak berkesan, eloklah kiranya perokok d**enakan denda yang tinggi. Namun begitu, ada juga golongan kaya yangmampu membayar denda yang d**enakan.Atau kerajaan boleh mengharamkan sahaja rakyatnya daripada merokok. Sesiapa yang didapati merokok sama ada di tempat awam atau persendirian akan d**enakan hukuman yang berat. Walau bagaimanapun, cara yang telah dicadangkan memerlukan kecekalan hati dan ketabahan diri sendiri untuk menghindari rokok.
Konklusinya,merokok secara terang, jelas dan nyatanya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada manusia malah merosakkan serta mendatangkan bahaya kepada kita. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Sekiranya ingin membanteras gejala merokok, banteraslah hingga ke akar umbi.
|
|
|
Post by budakcomol on Oct 16, 2007 2:42:23 GMT -5
Ramai remaja yang melibatkan diri dalam masalah sosial seperti mencari, menghisap rokok, merompak dan sebagainya. Analisis punca-punca yang menyebabkan fenomena ini berlaku
Sebagaimana kita sedia maklum, remaja yang berusia antara 12 hingga 19 tahun merupakan golongan yang menghadapi proses perubahan dari segi fizikal, mental, gaya hidup dan sebagainya. Malangnya, dada-dada akhbar sering kali terpampang berita mengenai masalah sosial yang mengaitkan golongan remaja yang masih bersekolah. Realitinya, masalah ini amat membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa. Sebenarnya terdapat banyak punca yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa. Ibu bapa merupakan saudara terdekat dengan anak-anak. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah kebanyakan ibu bapa pada zaman moden ini kurang prihatin terhadap anak mereka. Mereka sentiasa kelihatan sibuk mencari harta daripada mendampingi anak-anak mereka. Sikap meterialistik yang ditunjukkan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka hilang nilai keibubapaan. Mereka sanggup menyogok wang perbelanjaan yang banyak untuk menggantikan nilai kasih sayang terhadap anak-anak. Remaja yang bermasalah tetapi enggan berkongsi dengan ibu bapa tetapi berkongsi dengan perasaan dan meluahkan perasaan bersama rakan sebaya. Selain itu, remaja pada hari ini senang dipengaruhi oleh rakan sebaya. Pada hemat mereka, kawan-kawanlah merupakan orang yang paling dipercayai dan boleh berkongsi rahsia. Malangnya, rakan sebaya yang nakal akan mengajak mereka melakukan gejala sosial tanpa rasa segan silu. Malangnya, banyak berita yang tersiar di dada akhbar yang bersangkut paut dengan kumpulan remaja yang melakukan jenayah rogol bergilir-gilir untuk memuaskan nafsu remaja mereka. Ada antara mereka yang mencuri, menghisap rokok, ganja dan lain-lain lagi. Natijahnya, masalah sosial yang melibatkan remaja bersekolah semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Media massa yang tersebar luas juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan masalah sosial sekian terjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Remaja yang mempunyai perasaan ingin tahu selalunya menyalahgunakan internet sebagai wadah untuk mengetahui, membaca dan menonton sesuatu yang dianggap segar bagi mereka. Mereka sanggup membuang masa melayari laman-laman web lucah, berinteraksi melalui “ICQ” dengan orang yang tidak d**enali dan melanggan majalah-majalah lucah menerusinya. Tambahan pula, mereka mampu membeli VCD lucah dengan harga yang murah dan senang didapati. Natijahnya, minda remaja kini telah tercemar dengan budaya kuning yang merupakan satu masalah sosial serius. Memang tidak dapat dinafikan bahawa remaja kini suka memperbodohkan diri dengan kelakuan yang negatif. Mereka suka menunjuk-nunjuk kepada semua kematangan pemikiran mereka sebagai Remaja. Ada antara mereka yang ingin menjadi “hero” dalam sekolah terutamanya di hadapan pelajar perempuan. Mereka biasanya menghisap rokok, bergaduh menunjukkan sifat kelelakian mereka dan sikap “macho” mereka ini sebenarnya tidak lagi popular. Malangnya, mereka tidak menyedari Perbuatan negatif ini akan mendatangkan natijah yang tidak baik seperti memudaratkan kesihatan. Sebenarnya, sikap ingin dipandang tinggi telah disalahtafsirkan oleh mereka sehingga mewujudkan masalah sosial. Ada pihak berpendapat, masalah sosial wujud akibat terpengaruh dengan gaya hidup bebas yang dipraktikkan oleh negara barat. Remaja kini menganggap semua yang datang dari barat itu melambangkan kemajuan. Gaya hidup bebas, hiburan yang melampaui batas dan gejala sosial negatif yang diimport dari barat sedikitkan tidak bersesuaian dengan gaya hidup ketimuran kita. Malangnya, remaja kini tanpa rasa segan silu pergi ke pusat hiburan disko dan berkenalan dengan orang luar yang tidak d**enali. Akibatnya, ramai remaja yang dirogol dan ditipu menjadi pelacur. Oleh hal yang demikian, jelaskan pengaruh barat ini sedikit pun tidak melambangkan kemajuan sebaliknya meruntuhkan akhlak remaja kita. Satu lagi punca yang tidak dapat disangkal ialah tekanan pelajaran yang dihadapi oleh pelajar masa kini. Realitinya, sistem pendidikan di Malaysia terlalu mengorientasikan pencapaian akademik. Pelajar-pelajar kini dibebankan dengan kerja sekolah yang melambak dan pelbagai peperiksaan umum serta peperiksaan dalaman menjadikan jadual pembelajaran mereka semakin ketat. Akibat daripada itu, remaja sanggup ponteng sekolah, ponteng kelas tambahan demi melepaskan diri daripada menghadapi tekanan yang dianggap berat ini. Selain menjejaskan pelajaran mereka, ramai antara mereka yang mengambil pil khayal untuk menghilangkan stress yang dihadapi. Ini jelaskan menjadikan masalah sosial sebagai masalah serius. Sudah sampai masanya kita mengorak langkah drastik untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya ditangguh, masalah ini akan menjadi semakin rumit dan akan mempengaruhi sikap generasi muda lain pula. Remaja sepatutnya memikul tanggungjawab memajukan negara. Golongan ini merupakan pemimpin pada masa depan dan penggerak Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Kita berharap agar remaja Malaysia dapat bersama-sama merealisasikan wawasan murni negara.
|
|
|
Post by budakcomol on Oct 16, 2007 2:44:02 GMT -5
kredit cikgu Tan CL...chayok!chayok... gud luck spm candidates
|
|
|
Post by Syah on Mar 28, 2008 0:09:50 GMT -5
Cun La Ko Thank You
|
|
|
Post by VIMALA AP SADDHI on Aug 28, 2008 3:36:32 GMT -5
Ramai remaja yang melibatkan diri dalam masalah sosial seperti mencari, menghisap rokok, merompak dan sebagainya. Analisis punca-punca yang menyebabkan fenomena ini berlaku Sebagaimana kita sedia maklum, remaja yang berusia antara 12 hingga 19 tahun merupakan golongan yang menghadapi proses perubahan dari segi fizikal, mental, gaya hidup dan sebagainya. Malangnya, dada-dada akhbar sering kali terpampang berita mengenai masalah sosial yang mengaitkan golongan remaja yang masih bersekolah. Realitinya, masalah ini amat membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa. Sebenarnya terdapat banyak punca yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa. Ibu bapa merupakan saudara terdekat dengan anak-anak. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah kebanyakan ibu bapa pada zaman moden ini kurang prihatin terhadap anak mereka. Mereka sentiasa kelihatan sibuk mencari harta daripada mendampingi anak-anak mereka. Sikap meterialistik yang ditunjukkan mereka jelas menunjukkan bahawa mereka hilang nilai keibubapaan. Mereka sanggup menyogok wang perbelanjaan yang banyak untuk menggantikan nilai kasih sayang terhadap anak-anak. Remaja yang bermasalah tetapi enggan berkongsi dengan ibu bapa tetapi berkongsi dengan perasaan dan meluahkan perasaan bersama rakan sebaya. Selain itu, remaja pada hari ini senang dipengaruhi oleh rakan sebaya. Pada hemat mereka, kawan-kawanlah merupakan orang yang paling dipercayai dan boleh berkongsi rahsia. Malangnya, rakan sebaya yang nakal akan mengajak mereka melakukan gejala sosial tanpa rasa segan silu. Malangnya, banyak berita yang tersiar di dada akhbar yang bersangkut paut dengan kumpulan remaja yang melakukan jenayah rogol bergilir-gilir untuk memuaskan nafsu remaja mereka. Ada antara mereka yang mencuri, menghisap rokok, ganja dan lain-lain lagi. Natijahnya, masalah sosial yang melibatkan remaja bersekolah semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Media massa yang tersebar luas juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan masalah sosial sekian terjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Remaja yang mempunyai perasaan ingin tahu selalunya menyalahgunakan internet sebagai wadah untuk mengetahui, membaca dan menonton sesuatu yang dianggap segar bagi mereka. Mereka sanggup membuang masa melayari laman-laman web lucah, berinteraksi melalui “ICQ” dengan orang yang tidak d**enali dan melanggan majalah-majalah lucah menerusinya. Tambahan pula, mereka mampu membeli VCD lucah dengan harga yang murah dan senang didapati. Natijahnya, minda remaja kini telah tercemar dengan budaya kuning yang merupakan satu masalah sosial serius. Memang tidak dapat dinafikan bahawa remaja kini suka memperbodohkan diri dengan kelakuan yang negatif. Mereka suka menunjuk-nunjuk kepada semua kematangan pemikiran mereka sebagai Remaja. Ada antara mereka yang ingin menjadi “hero” dalam sekolah terutamanya di hadapan pelajar perempuan. Mereka biasanya menghisap rokok, bergaduh menunjukkan sifat kelelakian mereka dan sikap “macho” mereka ini sebenarnya tidak lagi popular. Malangnya, mereka tidak menyedari Perbuatan negatif ini akan mendatangkan natijah yang tidak baik seperti memudaratkan kesihatan. Sebenarnya, sikap ingin dipandang tinggi telah disalahtafsirkan oleh mereka sehingga mewujudkan masalah sosial. Ada pihak berpendapat, masalah sosial wujud akibat terpengaruh dengan gaya hidup bebas yang dipraktikkan oleh negara barat. Remaja kini menganggap semua yang datang dari barat itu melambangkan kemajuan. Gaya hidup bebas, hiburan yang melampaui batas dan gejala sosial negatif yang diimport dari barat sedikitkan tidak bersesuaian dengan gaya hidup ketimuran kita. Malangnya, remaja kini tanpa rasa segan silu pergi ke pusat hiburan disko dan berkenalan dengan orang luar yang tidak d**enali. Akibatnya, ramai remaja yang dirogol dan ditipu menjadi pelacur. Oleh hal yang demikian, jelaskan pengaruh barat ini sedikit pun tidak melambangkan kemajuan sebaliknya meruntuhkan akhlak remaja kita. Satu lagi punca yang tidak dapat disangkal ialah tekanan pelajaran yang dihadapi oleh pelajar masa kini. Realitinya, sistem pendidikan di Malaysia terlalu mengorientasikan pencapaian akademik. Pelajar-pelajar kini dibebankan dengan kerja sekolah yang melambak dan pelbagai peperiksaan umum serta peperiksaan dalaman menjadikan jadual pembelajaran mereka semakin ketat. Akibat daripada itu, remaja sanggup ponteng sekolah, ponteng kelas tambahan demi melepaskan diri daripada menghadapi tekanan yang dianggap berat ini. Selain menjejaskan pelajaran mereka, ramai antara mereka yang mengambil pil khayal untuk menghilangkan stress yang dihadapi. Ini jelaskan menjadikan masalah sosial sebagai masalah serius. Sudah sampai masanya kita mengorak langkah drastik untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya ditangguh, masalah ini akan menjadi semakin rumit dan akan mempengaruhi sikap generasi muda lain pula. Remaja sepatutnya memikul tanggungjawab memajukan negara. Golongan ini merupakan pemimpin pada masa depan dan penggerak Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Kita berharap agar remaja Malaysia dapat bersama-sama merealisasikan wawasan murni negara.
|
|
|
Post by a on Sept 3, 2008 23:44:58 GMT -5
stedy lah tangkak
|
|
|
Post by wowposter on Sept 8, 2008 1:00:14 GMT -5
|
|
|
Post by wowposter on Sept 10, 2008 22:29:11 GMT -5
|
|
|
Post by asd on Dec 1, 2008 3:18:18 GMT -5
|
|
|
Post by hgfh on Dec 11, 2008 1:20:55 GMT -5
|
|
|
Post by shmybj on Aug 18, 2011 23:41:37 GMT -5
[url=http://www.shmybj.net>ÂìÒϰ᳡¹«Ë¾µç»°[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÂìÒÏ°á¼Ò¹«Ë¾µç»°[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÂìÒϰ᳡¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÂìÒϰ᳡[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÂìÒÏ°á¼Ò[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÂìÒÏ°á¼Ò¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÂìÒÏ°á¼Ò[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÂìÒϰ᳡[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÂìÒϰ᳧[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÂìÒÏ°á¼Ò¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÂìÒϰ᳡¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÂìÒÏ°á¼Ò¹«Ë¾¼Û¸ñ[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÂìÒÏ°á¼Ò¹«Ë¾µç»°[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£°á³¡¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£°á¸ÖÇٵļ۸ñ[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£°á¼Ò¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÂìÒÏ°á¼Ò¹«Ë¾¼Û¸ñ[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÂìÒÏÎïÁ÷¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÎïÁ÷[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£ÎïÁ÷¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>°á¼Ò°á³§¹«Ë¾[/url] [url=http://www.shmybj.net>°á¼Ò°á³§[/url] [url=http://www.shmybj.net>°á¼Ò°á³¡[/url] [url=http://www.shmybj.net>ÉϺ£°á¼Ò°á³¡[/url]
|
|
|
Post by shmybj on Aug 19, 2011 2:48:15 GMT -5
|
|
|
Post by shmybj on Sept 25, 2011 22:35:49 GMT -5
|
|